ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"Lama tak jumpa kau, eh couple ngan sape
sekarang ni?"
"Kau tau tak dia tu kan, dia cakap dia takde pakwe. Kesian dia kan takde org nak kat dia."
"Sombong betol minah tu, tak layan pon budak laki tu tegur dia. Bajet hot la tu"
"Kau tau tak dia tu kan, dia cakap dia takde pakwe. Kesian dia kan takde org nak kat dia."
"Sombong betol minah tu, tak layan pon budak laki tu tegur dia. Bajet hot la tu"
Mintak maaf, mukaddimah berdialog sikit
Tipula kalau I cakap takde
perasaan nak bersawit sawit macam orang lain. I do. But honestly, is this the
most thing that I need now? Kalau tanya hati remaja, the answer will be totally
YES. Tapi bila fikir balik, dia jadi in between tau tak. Nak nak lagi kalau
yang mintak couple tu mamat hengseng macam Aaron Ajis or maybe someone yang dah
lama kita sayang. Mula la hati ni berbolak balik. Macam nak terima tapi taknak
couple, tak terima kang rugi pulak. Hahaaaaa…. Rugi nenek kauuu. *takde kaitan
dengan nenek sape sape ye
Proceed, I had been dumped
before. Kenangan tu pon dah cukup buat my heart macam gerun to declare dgn someone.
Bukan taknak actually, tapi hati ni dah takot dgn kemungkinan yang mungkin dan
bakal dan berisiko untuk terjadi. Ayat karangan sangat la takley blaa. I may be
declared with someone jugak one day, who knows right? Tapi selagi hati ni boleh
sabar, sabar la Awa. Tak rugi pon kalau sabar tunggu masa yang ditetapkan untuk
you betol betol declare with someone dengan
ikatan yang sah. Yang tu laaaaaagiii sweet kannn.
Simpan perasaan ni untuk yang
betol betol layak. Orang boleh cakap ape je pasal kita. Orang boleh cakap kita
jual mahal. Orang boleh cakap kita sombong. Orang boleh cakap kita ngade ngade
sebab kita sayang, tapi taknak mengaku. But the fact is, kita je yang tau apa
yang hati perempuan nak.
Kalau jual mahal tu yang akan
memahalkan harga diri kita, buat lah. Kalau yang dikata sombong tu yang buat
cinta kita jadi limited edition, buat lah. Kalau sebab kita taknak mengaku
sayang tu orang cakap kita ngade ngade, biarkan dia. Dia tak tahu jauh dalam
hati perempuan ni, ada hasrat untuk terima dia. TAPIII… sebelum hati ni terima warga asing yang dipanggil
lelaki ajnabi tu, haruslah diri ni disunting
dengan cara yang halal dulu *berangan……lalalalalaaa~
Bukan jual mahal awak. Bukan
jugak sombong. Jauh sekali ngade ngade wahai lelaki lelaki sekalian. Ni hasrat
hati sorang perempuan. Sorang perempuan yang tahu kelemahan diri dia, cuba
untuk jaga hati dan perasaan dia sebaik mungkin, pagarkan cinta dia hanya untuk
Si Penghuni Hati yang halal bila sampai masanya nanti. Adam, Hawa nak bercinta
secara halal. So, tolong jangan goyahkan iman Hawa dengan janji janji manis
Adam ye.
Kalau la kamu kaum Adam, terkesan
perasaan sayang Hawa terhadap kamu, tapi
sikit pon dia taknak mengaku. Wahai Adam, Hawa ini bukannya ngade ngade. Dia
malu sebab dia tahu, lumrah hidup timba
yang cari perigi bukan perigi yang cari timba. Dia nafikan andaian kamu sebab
dia taknak kamu rasa bahagia dengan cinta dia sebelum ada ikatan yang sah. Dia nak
bagi cinta yang halal untuk orang yang halal dengan cara yang halal yang
menghalalkan segala yang haram. Dia nak bercinta untuk dapat pahala. Dan dia
nak bercinta bukan sekadar kat dunia, tapi sehingga ke Jannah Allah.
Perempuan tu manusia jugak. Bukan
salah dia andai dia jatuh hati pada Lelaki. Dia pon ada perasaan. Cuma dia
lemah dalam menyembunyikan perasaan dia. Hati dia lembut walaupon ramai yang
nampak dia macam tegas. Dia tahu, kamu tahu dia sayang kamu. Tapi tetap dia
menafikan. Sebab tu satu satunya cara untuk dia jaga hati dia. Dan dia tahu
penafian tu berisiko untuk dia kehilangan kamu. Tapi kenapa dia buat jugak?
Sebab dia percaya yang andai Allah tarik insan yang dia sayang, Allah sedang uji
kekuatan dia untuk diberi hadiah yang lebih berharga satu masa nanti.
Lelaki, moga kamu tahu hati
Perempuan ni lembut. Jangan sesekali kamu sentuh hati dia kalau sikit pon kamu
takde niat nak serius dengan dia. Moga kamu tahu hati setiap Hawa impikan cinta
yang halal. Moga kamu tahu Hawa dambakan penghormatan dari kamu. Curi hati dia
bukan dengan ketampanan kamu. Curi hati dia bukan dengan kekayaan kamu. Curi
hati dia bukan dengan janji manis kamu.
TAPI, Cukup sekadar solat 5 waktu
yang sempurna kerana kamu yang akan menjadi imam untuk dia. Cukup sekadar kamu
menghormati dia sebagai seorang wanita muslimah walaupon kamu tahu dia tak
sesempurna seorang muslimah sejati. Cukup sekadar kamu tawan hati Ayah dan
Uminya, kerana hati Hawa tu ada pada hati kedua ibu bapanya. 💗💗
Moga saat kalimah ‘Aku Terima Nikahnya….’ Dilafazkan menjadi tarikh declare kita.
Yang halal itu lebih
indah wahai bakal Penghuni Hati 💕💕💕