ASSALAMUALAIKUM
Hari ni 1 Ramadhan. Hari ni hari
first puasa kan. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk bersih dosa lagi untuk
kesekian kalinya.
Macam macam ragam dah harini. Semalam
sikit punya best dok borak dengan mek erah sampai pukul 3 pagi baru reti nak
lelap. Alarm clock toksah cakap la. Snooze duration 3 minit jee, konon takmo
bagi lena lama laa kalau tekan snooze. Frequency 10 kali pulak tu. Hmmmm...
bukak bijik ata dah pukul 5.30. Nasib sempat fikir waras lagi nak berus gigi
dulu sebelom makan.
Makan pon tak berat. Sebab tak
sempat. Roti sapu planta + kaya sekeping (actly setengah keping, bg mek erah
lagi setengah keping). Then mandi solat. Pejam mata kejap (bohong sangat laa
kejap). Bangun buat biskut. Harini rainbow cookies. Sikit punya syiokkk piping
walaupon comot. Hehehe…
Going to petang… Apiq dah bising
satu rumah. “makkk… lapar perut” .
Dipegangnya plastik jajan daripada sebelom zohor sampai la petang. Nangis dah
meraung pon dah drama sebabak pon dah, cikros suruh tahan jugak. Last last dah
tak daya sangat, toksah dok mintak mintak nak berbuka la. Diteguknya terus air
yg kat depan dia tu.
Pastu I masuk bilik solat. Keluar
bilik saja borak kejap dengan cikros.
“apiq dah habis dua ketul peha
ayam makan nasi tadi”
Dalam hati ni nak tegelak pon ada.
Teringat kenangan zaman kecik kecik cikebung dulu. Kenangan minum air paip yang
paling takley blaaa. Dok kat rumah nenek time tu panas toksah cakap la, rasa
macam api dalam rumah. Almaklumlah rumah kampung, atap zink je. Around pukul 11
tu I dah stat projek mega dahhh.
Siap bunyi lagi mulut ni “adoiii..panasnye harini. Basuh muka la
bagi segar sikit”. Haaaa… memang basuh muka sangatt. Masuk tandas guwa
telan air paip semahu mahu mahunye sampai kembung rasa perot ni. Agak agak dah
buncit perot telan air paip tu, I keluar la daripada tandas. Lagi sekali
berdialog “waaaa… lega sikit bila dah
basuh muka”. Mana tak leganya dah segelen telan air..
Macam macam kenangan. Nak jadik
besar macam sekarang ni, berpuluh puluh kenangan dah tersemat dalam memori. Adehhh
ayat takley blaaa. Sekarang ni berat dah naik 2kg. Hati dah gundah gulana sebab
baju raya tu macam macam macam dotdotdot sikit. Kalau makin gemok memang sah
tak boleh pakai nanti raya.
Tapi rasanya kena diet jugak ni.
InsyaAllah boleh diet. Sebab Patrickbam tak habis habis panggil gem. Amboi ikut
sedap gigi dia je panggil orang gem. Ok kita lawan habis puasa sapa yang lagi
banyak lost weight. Jyeahhhhhh!! Patrickbam you just wait and seeee. Hahahaha…
*gelakjahat*
ni
gambar dalam fitting room kedai baju. kononnya nak try baju tu.
dah
alang alang fitting room lawa kita snap la sikit ye dakkkk.
lily and orkid. bunga hidup dalam rumah.
suka amek gambar bajet bajet cun gini haaaaaaaaaa. jangan muntah.
lily balqis
yang belakang tu tak berbaju. rasanya bukan aurat.
so haplod jelah ye. abaikan belakang yang tak berapa kemas.
kemas sebenarnya. tapi taktau sape sepahkan balik.
*krik krik*
*nak kurus nak kurus nak kurus
nak kurus. Ok bai. Tunggu bukak puasa lambatnya jarum jam berputar. Nak putar
sendiri boleh tak?