ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Salam Awal Muharram 1435 H. Semoga tahun baru membawa kehidupan baru buat
kita muslimin dan muslimat. Sama samalah kita doakan perubahan positif dalam
diri masing masing. Sama sama kita ikhlaskan diri dalam menunaikan kewajipan
kita sebagai seorang Islam.
I may not perfect as perfect
those outside yang pakai jubah and niqab. Tapi tak salah kalau kita impikan
benda benda macam tu terjadi. Doalah
perubahan yang baik baik berlaku dlm kehidupan seharian kita tanpa caci maki
daripada orang ramai. Semalam ayah lead baca doa akhir
tahun. And kami solat maghrib then sambung baca solat awal tahun. Ayah told us
pasal keikhlasan hati.
(dah jadi rutin for ayah after
solat there will be a short tazkirah or
peringatan or nasihat for us his daughters
and also umi)
Ayah said, Allah tak pandang
sejauh mana banyaknya amalan yang kita buat, tapi Allah pandang pada keikhlasan
hati kita dlm menunaikan kewajipan yg dituntut. But doesn’t mean yg kita kena
beribadat sikit je. Tapi yg ayah highlighted kat sini is about keikhlasan hati.
Ayah selalu cakap, kalau nak senang
hidup sentiasa lah berada di pihak Allah. Jangan berada di pihak lawan Allah
kerana kita takkan pernah menang. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah
akan jaga hidup kita.
And Ustazah Rodhiyah kat matrik
pon ada bagitau. Kita selalu beralasan yang taknak buat suruhan Allah sebab tak
sampai seru la, taknak hipokrit la dalam buat sesuatu benda, nakkan keikhlasan
baru Allah terima ibadah. Tapi sebenarnya, dalam beribadah kita memang kena
hipokrit. Hipokrit dgn diri kita sendiri.
Kenapa? Sebab kalau kita ikutkan
hati kita, sampai bila bila pon kita takkan dapat keikhlasan abadi dalam
beribadah. Kita paksa diri kita solat tepat pada waktunya walaupon hati kita
malas. Kita hipokrit terhadap perasaan kita. Naluri kita cintakan kemaksiatan
yang berleluasa, tapi kita bohong hati kita dengan mengatakan aku bencikan
kemungkaran. Kita hipokrit terhadap naluri kita.
Tapi dengan hipokrit tu,hipokrit yang membawa
diri kita kepada jalan Allah. Hipokrit yang mengajar kita mencari cinta
sebenar. Hipokrit yang dilakukan pada awalnya demi mendapat keredhaan abadi
daripada Allah S.W.T. Hipokrit disini lebih kepada kita menidakkan mainan
perasaan yang diganggu oleh syaitan. InsyaAllah, sekiranya segala yang
dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah. Kita mampu jalankan tanggungjawab yg
Allah dah beri kepada kita..
Sama samalah kita saling ingat
mengingati antara satu sama lain. Jangan terlalu cepat menghukum yang salah.
Kerana boleh jadi yang salah itu berlaku bukan kerana orang yang dianggap
bersalah itu. Doa doakanlah juga diri kita sama sama tergerak dan terbuka pintu
hati untuk sentiasa melakukan kebaikan. Terngiang ngiang lagi kata kata seorang
teman..
‘ SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA HARI SEMALAM ‘
No comments:
Post a Comment