hye hye hye guys…
this entry nak story pasal event handled by JPP matrik. So,
we olsss terplanned satu event yg agak on the spot jugak lah. Punya hari tu
meeting pasal board JPP, tgh syok kira bajet utk beli benda tu and benda ni.
Alih alih I terkeluar pasal bbq yg fathul suggest dua tiga minggu lepas. Tu pon
sebab teringatkan duit yg still berbaki almost RM200.
So, hari tu second day hari raya. Kami plan nak buat khamis
malam. Tapi rasa macam agak xsempat. So, tukar plan buat jumaat malam (last day
cerita Kampung GIrl). Dengan hari yg berbaki hari khamis sahaja untuk mintak
permission HEP, akhirnya request approved.
Buat benda tu beli benda ni, akhirnya cukup jugak barang
barang semua. Dengan budak budak laki yg keluar tu sebelum solat jumaat lagi.
Balik pukul 6.30 petang sampai tuu. Memang gila punya lama cari barang sbb nak
jayakan event ni punya pasal.
Kitorang buat depan
pejabat kolej kediaman a.k.a PPKK. Plan cantekk sgt dah sebenarnya sbb depan tu
lapang gila. Mmg strategic sgt tempat lapang yg luas utk gather makan sama
sama. Tapi yg ditakutkan is bila kat kedah ni, pagi ke tengahari panas toksah
cakap le. Sampai petang around pukul 5 6 dia start hujan renyai renyai sampai
ke malam hingga ke subuh baru stop.
view from tempat bakar ayam
view from depan PPKK
Hari tu punya dok tgk langit gelap semacam tapi still xhujan.
Doa dlm hati ya Allah jgn la hujan hari ni. hari ni je jangan hujan. Tapi kita
Cuma mampu merancang Allah yg tentukan segala galanya (ayat mana tahan pakai
ayat esei..hihiiii). punya dok tiup tiup api nak bagi nyala arang tu, turunlah
hujan yg bukan renyai renyai tapi mmg lebat. Dgn xde back up plan, kitorang dh
sepakat yg makan dlm PPKK jela semua.
Lagipon sekitar tu banyak wakaf so no hal lah stakat budak matrik yg nak duduk
tu.
Then after semua barang dh ada, budak budak laki yang ada tu
start lah hidupkan api. Plan start bakar ayam pukul 6.00 ptg tapi sampai pukul
6.45 ptg pon api tak nyala lagi. Sangat sadis. Nak tunggu kat bawah pon dah
lewat. Kitorang dgn xmandi lagi. Terpaksa tinggalkan budak budak laki semua (dh
memang keja laki pon kan hidupkan api tuu). Dengan hujan yg sangat lebat,
kesian pulak tgk budak laki tu dok gilir gilir hidupkan api.
Lepas kitorang budak pompuan siap siap, turun kat bawah
tgk dh separuh besen ayam tu diorang bakar. Time I naik bilik tadi, api pon xnyala
lagi. Mmg tabik spring lah kat budak budak tu. Sangat all out buat keja. Thanks
a lot to diorang sume. Ni lah ahli jawatankuasa sesi ‘kita bakoooooo ayam’
mat anip sebok interframe
ucop and sayed yang setia membakar dari awal sampai habes :)
yang ni keja bakar sosej..siap satu, satu masuk mulut
siap dua, dua masuk mulut. last last kenyangggg
nampak banyak awal awal, tapi last last tinggal separuh
sbb separuh dh ada dalam perut
yang peace tgn kaksa..yg thumbs up tgn niesa :)
menyesal tukar baju malam tu sbb kemain spray perfume
last last asap jugak baunya
Menu ialah ayam and bihun goreng. Bihun tu takde dlm plan pon.
Tapi sbb malam tu supper makan bihun so kitorang boleh mintak. Tapi yg lagi
sadiss AJK bakar ayam termasuklah I sekali xsempat merasa pon bihun tu sbb budak
budak matrik sgt rakus. Amek makanan xingat org lain dah. Yg penting perut
kenyang. Caitttt! Tapi xpelah..kita buat untuk suka suka.
yang ni AJK lagu.ikut suka hati selera dia pasang lagu.
lagu raya pon ada..
sambil pasang lagu, ada la beberapa retis tumpang glemer
dok menyanyi kat sepan tu.hujan makin lebat
harap maklum...
And since duit kutipan banyak yg lebih, kitorang beli sikit
hadiah utk lucky draw. tapi I tak lucky pon untuk dapatkan 32 hadiah yg
tersedia tu. Sedih lagi..dah la bihun pon xdapat.
After semua budak budak ni dah dapat makanan and dah start
makan and dah kenyang and ada yg dah balik pon, yg tinggal kami kami gang gang
makan asap ni baru la terkial kial cari tempat utk makan. Kesian sangat sebab
org lain dh kenyang kitorang baru boleh makan. Sacrifice sikit sbb kalau semua
nak makan sekali gus sapa yang nak layan budak budak ni nak ambik ayam la itu
la ini la.
time menunggu makanan siap.muka lapar sumenye
hujan minum ais.ingat takkan habis sebab sejuk.rupa rupanya tak cukup
Malam tu, budak budak laki plan nak prank si Syafiq since hari
tu birthday dia. Ingat suka suka punya prank la, kitorang pon excited jugak nak
tau. Boleh pulak diorang terfikir, besen yang isi ayam perap tadi tu ada sisa
sisa air perapan ayam. Boleh dituang atas badan si Syafiq. Mmg naya gila la
kawan malam tu. Thanks God Syafiq tak kisah sangat. Lagi dok gelakkan dia ada
la. Tak pasal pasal malam tu budak budak laki semua dok main splash splash air.
Last last, basah kuyup mandi terus.
Hmm…after buat tu buat ni. hantar besen pinggan bekas air and
makan pon dah kenyang. Lepak PPKK jap cari line, tapi cannot stay lama sebab
mata gila rabak nak tido. So, tanpa bertemankan sape sape, I walked alone to
bilik. Sampai bilik, gigi tak gosok muka tak basuh, tangan pon bau ayam tak
hilang lagi sebab basuh tangan tak pakai sabun (takde sabun kat tempat bbq),
yang I nampak masa tu Cuma katil and bantal. So, menyelam atas katil tanpa
memikirkan jerawat jerawat yang akan naik kat muka sebab tak basuh muka.
Kroooohhhhhh…… genite uolsss.
selera ya Rabbi luqman...
gambar I pon ada ok wlpon sekeping je
No comments:
Post a Comment