Wednesday, January 29, 2014

Warkah Buat Bakal Penguni Hati



ASSALAMUALAIKUM W.B.T


 "Lama tak jumpa kau, eh couple ngan sape sekarang ni?"
"Kau tau tak dia tu kan, dia cakap dia takde pakwe. Kesian dia kan takde org nak kat dia."
"Sombong betol minah tu, tak layan pon budak laki tu tegur dia. Bajet hot la tu"
Mintak maaf, mukaddimah berdialog sikit

Agak agak la kan, perlu ke ada pasangan time belajar? Perlu ke ada pasangan tanpa ikatan yang sah? Perlu ke nak declare couple? Perlu ke perlu ke perlu keeeee???? Hmmm.. macam macam dah terfikir sekarang ni. Ikut hati remaja semua benda nampak best. Tapi kadang kadang, yang nampak macam BEST tu la yang bawak DUKA panjang. Kena tinggal la, kena tipu la, kena kikis duit la kena macam macam jenis la la la lagi la.


Tipula kalau I cakap takde perasaan nak bersawit sawit macam orang lain. I do. But honestly, is this the most thing that I need now? Kalau tanya hati remaja, the answer will be totally YES. Tapi bila fikir balik, dia jadi in between tau tak. Nak nak lagi kalau yang mintak couple tu mamat hengseng macam Aaron Ajis or maybe someone yang dah lama kita sayang. Mula la hati ni berbolak balik. Macam nak terima tapi taknak couple, tak terima kang rugi pulak. Hahaaaaa…. Rugi nenek kauuu. *takde kaitan dengan nenek sape sape ye   


Proceed, I had been dumped before. Kenangan tu pon dah cukup buat my heart macam gerun to declare dgn someone. Bukan taknak actually, tapi hati ni dah takot dgn kemungkinan yang mungkin dan bakal dan berisiko untuk terjadi. Ayat karangan sangat la takley blaa.  I may be declared with someone jugak one day, who knows right? Tapi selagi hati ni boleh sabar, sabar la Awa. Tak rugi pon kalau sabar tunggu masa yang ditetapkan untuk you  betol betol declare with someone dengan ikatan yang sah. Yang tu laaaaaagiii sweet kannn. 





Simpan perasaan ni untuk yang betol betol layak. Orang boleh cakap ape je pasal kita. Orang boleh cakap kita jual mahal. Orang boleh cakap kita sombong. Orang boleh cakap kita ngade ngade sebab kita sayang, tapi taknak mengaku. But the fact is, kita je yang tau apa yang hati perempuan nak.


Kalau jual mahal tu yang akan memahalkan harga diri kita, buat lah. Kalau yang dikata sombong tu yang buat cinta kita jadi limited edition, buat lah. Kalau sebab kita taknak mengaku sayang tu orang cakap kita ngade ngade, biarkan dia. Dia tak tahu jauh dalam hati perempuan ni, ada hasrat untuk terima dia. TAPIII…  sebelum hati ni terima warga asing yang dipanggil lelaki ajnabi tu,  haruslah diri ni disunting dengan cara yang halal dulu *berangan……lalalalalaaa~


Bukan jual mahal awak. Bukan jugak sombong. Jauh sekali ngade ngade wahai lelaki lelaki sekalian. Ni hasrat hati sorang perempuan. Sorang perempuan yang tahu kelemahan diri dia, cuba untuk jaga hati dan perasaan dia sebaik mungkin, pagarkan cinta dia hanya untuk Si Penghuni Hati yang halal bila sampai masanya nanti. Adam, Hawa nak bercinta secara halal. So, tolong jangan goyahkan iman Hawa dengan janji janji manis Adam ye. 





Kalau la kamu kaum Adam, terkesan perasaan sayang Hawa terhadap kamu,  tapi sikit pon dia taknak mengaku. Wahai Adam, Hawa ini bukannya ngade ngade. Dia malu sebab dia tahu, lumrah hidup  timba yang cari perigi bukan perigi yang cari timba. Dia nafikan andaian kamu sebab dia taknak kamu rasa bahagia dengan cinta dia sebelum ada ikatan yang sah. Dia nak bagi cinta yang halal untuk orang yang halal dengan cara yang halal yang menghalalkan segala yang haram. Dia nak bercinta untuk dapat pahala. Dan dia nak bercinta bukan sekadar kat dunia, tapi sehingga ke Jannah Allah. 


Perempuan tu manusia jugak. Bukan salah dia andai dia jatuh hati pada Lelaki. Dia pon ada perasaan. Cuma dia lemah dalam menyembunyikan perasaan dia. Hati dia lembut walaupon ramai yang nampak dia macam tegas. Dia tahu, kamu tahu dia sayang kamu. Tapi tetap dia menafikan. Sebab tu satu satunya cara untuk dia jaga hati dia. Dan dia tahu penafian tu berisiko untuk dia kehilangan kamu. Tapi kenapa dia buat jugak? Sebab dia percaya yang andai Allah tarik insan yang dia sayang, Allah sedang uji kekuatan dia untuk diberi hadiah yang lebih berharga satu masa nanti.





Lelaki, moga kamu tahu hati Perempuan ni lembut. Jangan sesekali kamu sentuh hati dia kalau sikit pon kamu takde niat nak serius dengan dia. Moga kamu tahu hati setiap Hawa impikan cinta yang halal. Moga kamu tahu Hawa dambakan penghormatan dari kamu. Curi hati dia bukan dengan ketampanan kamu. Curi hati dia bukan dengan kekayaan kamu. Curi hati dia bukan dengan janji manis kamu.


TAPI, Cukup sekadar solat 5 waktu yang sempurna kerana kamu yang akan menjadi imam untuk dia. Cukup sekadar kamu menghormati dia sebagai seorang wanita muslimah walaupon kamu tahu dia tak sesempurna seorang muslimah sejati. Cukup sekadar kamu tawan hati Ayah dan Uminya, kerana hati Hawa tu ada pada hati kedua ibu bapanya. 💗💗





Moga saat kalimah ‘Aku Terima Nikahnya….’ Dilafazkan menjadi tarikh declare kita.

Yang halal itu lebih indah wahai bakal Penghuni Hati  💕💕💕





 
Lots of Love,
Nur Azwa 

ketemu lagi sama kamu ya belog kusayang..

Hai simuwaaaaaa....


Hari ni hari Rabu. I dah habis exam midsem ok uols. Dah half of second sem dah sedar tak sedar. Lama gila rasa tak update blog. Serius takde masa. And takde idea. Hehe.. Banyak je events yang dah handle tapi idea cam melayang kemana mana bila nak start blogging. Takpe.. Dalam draft punya la banyak entry nak publish. Tapi tapi tapi.. ntah. Feeling like nak publish an entry pasal cinta. Can I? Haha.. pelisss jangan muntah. I nak buat jugak. Sebab entry tu dah siap pon. Yeeehaaaa... Just wait and see. ok, Babai. 

currently typing di ppkk pada 1.58 pm berbekalkan incik wifi free.


benda first nak buat afta habis exam is UPDATE BLOG and im done :)