Sunday, June 29, 2014

1 Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM


Hari ni 1 Ramadhan. Hari ni hari first puasa kan. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk bersih dosa lagi untuk kesekian kalinya. 


Macam macam ragam dah harini. Semalam sikit punya best dok borak dengan mek erah sampai pukul 3 pagi baru reti nak lelap. Alarm clock toksah cakap la. Snooze duration 3 minit jee, konon takmo bagi lena lama laa kalau tekan snooze. Frequency 10 kali pulak tu. Hmmmm... bukak bijik ata dah pukul 5.30. Nasib sempat fikir waras lagi nak berus gigi dulu sebelom makan.


Makan pon tak berat. Sebab tak sempat. Roti sapu planta + kaya sekeping (actly setengah keping, bg mek erah lagi setengah keping). Then mandi solat. Pejam mata kejap (bohong sangat laa kejap). Bangun buat biskut. Harini rainbow cookies. Sikit punya syiokkk piping walaupon comot. Hehehe… 


Going to petang… Apiq dah bising satu rumah. “makkk… lapar perut” . Dipegangnya plastik jajan daripada sebelom zohor sampai la petang. Nangis dah meraung pon dah drama sebabak pon dah, cikros suruh tahan jugak. Last last dah tak daya sangat, toksah dok mintak mintak nak berbuka la. Diteguknya terus air yg kat depan dia tu.


Pastu I masuk bilik solat. Keluar bilik saja borak kejap dengan cikros.

 “apiq dah habis dua ketul peha ayam makan nasi tadi”

Dalam hati ni nak tegelak pon ada. Teringat kenangan zaman kecik kecik cikebung dulu. Kenangan minum air paip yang paling takley blaaa. Dok kat rumah nenek time tu panas toksah cakap la, rasa macam api dalam rumah. Almaklumlah rumah kampung, atap zink je. Around pukul 11 tu I dah stat projek mega dahhh.


Siap bunyi lagi mulut ni “adoiii..panasnye harini. Basuh muka la bagi segar sikit”. Haaaa… memang basuh muka sangatt. Masuk tandas guwa telan air paip semahu mahu mahunye sampai kembung rasa perot ni. Agak agak dah buncit perot telan air paip tu, I keluar la daripada tandas. Lagi sekali berdialog “waaaa… lega sikit bila dah basuh muka”. Mana tak leganya dah segelen telan air..


Macam macam kenangan. Nak jadik besar macam sekarang ni, berpuluh puluh kenangan dah tersemat dalam memori. Adehhh ayat takley blaaa. Sekarang ni berat dah naik 2kg. Hati dah gundah gulana sebab baju raya tu macam macam macam dotdotdot sikit. Kalau makin gemok memang sah tak boleh pakai nanti raya.


Tapi rasanya kena diet jugak ni. InsyaAllah boleh diet. Sebab Patrickbam tak habis habis panggil gem. Amboi ikut sedap gigi dia je panggil orang gem. Ok kita lawan habis puasa sapa yang lagi banyak lost weight. Jyeahhhhhh!! Patrickbam you just wait and seeee. Hahahaha… *gelakjahat*
 








ni gambar dalam fitting room kedai baju. kononnya nak try baju tu. 
dah alang alang fitting room lawa kita snap la sikit ye dakkkk.




lily and orkid. bunga hidup dalam rumah.




 suka amek gambar bajet bajet cun gini haaaaaaaaaa. jangan muntah.


 lily balqis





 yang belakang tu tak berbaju. rasanya bukan aurat.
so haplod jelah ye. abaikan belakang yang tak berapa kemas.
kemas sebenarnya. tapi taktau sape sepahkan balik.
*krik krik*




*nak kurus nak kurus nak kurus nak kurus. Ok bai. Tunggu bukak puasa lambatnya jarum jam berputar. Nak putar sendiri boleh tak?

Wednesday, June 18, 2014

sedih tu tak salah kan? moga senyum ni masih tak palsu ^_^





AWA..
Tisunya hati.
Murahnya airmata.
Sabar la Awa.
Tak semua orang boleh faham kita.
Kita pon tak mampu nak puaskan hati semua orang kan?


Menangis? Sedih?
Nak sedih? Sedih la Awa selagi tak ganggu orang lain.
Nak menangis? Nangis la Awa kalau tu yang mampu redakan hati.
Orang takkan fikir kenapa kita menangis.
Orang takkan fikir sejauh mana hati kita terguris.


Yang kita tahu.
Orang akan tanya kenapa kita menangis.
Orang akan gelakkan kita bila alasan sekadar ‘ terasa hati ‘.
Sungguh. Hati ni tak mampu tahan airmata.
Tapi takpe Awa. Ingat yang semua manusia ada perasaan.
Tak salah kalau kita menangis. Keluarkanlah.
Tetap hati kena fikir.
Dalam terguris, jagalah semampu yang mungkin hati orang lain.


AWA..
Tau tak salah kalau kita saling sakitkan hati orang?
Jangan buat.
Kalau pernah buat, tolong tinggalkan.
Jangan mengada- ngada.
Tak semua orang boleh terima kita seadanya.
Tak semua orang mampu senyum depan dan belakang kita.


Ada orang terima di mulut, belakang mencebik.
Ada orang depan mencebik, sama juga di belakang.
Ada orang depan mencebik, belakang mampu terima.
Ada orang depan belakang dia mampu terima kita seadanya.
Siapa yang boleh terima kita seadanya?
Yang pasti Cuma keluarga.
Yang tak pasti kita tak tahu lagi kan?
Jadi diri sendiri jangan sampai menyusahkan orang lain.


AWA..
Jangan sedih kalau kita tak disayangi macam mana kita menyayangi.
Jangan marah kalau kita tak difahami macam mana kita memahami.
Jangan kecewa kalau kita tak dirindui macam mana kita merindui.
Sebab hati manusia lain lain.
 Kalau tiba tiba hati rasa kesal


ingat kata kata ni,



“ jika jodohmu bukan dengan dia yang kau doakan,
mungkin kuatnya doa jodohmu yang sebenar hingga menyatukanmu dengannya satu hari nanti “





Hati moga sabar..
 

Monday, June 16, 2014

sebulan yang bakal indah. --'




World Cup punya pasal : :



  • Kedai mamak dapat rezeki lebih sebab customer tak putus putus daripada pagi sampai ke pagi.
 
  • Mat Bangla tebar roti canai sampai ke pagi. Duit gaji tebar roti canai musim world cup kalo bawak balik Bangladesh dah boleh jadi jutawan.


  • Kedai jual LCD dan projector pon dapat rezeki lebih sebab mamak mamak dpt duit lebih bila customer ramai, pastu  nak rancakkan lagi jualan tayang LCD besau besau pulak.

  • Workers pegi kerja dengan bermata panda sebab dapat tido yang cukup sgttt.

  • Workers overslept. Keja stat  pukul 8.00,  mata tebukak pukul 8.40. pukul 9.00 baru masuk ofis ( mohon terasa )

  • Telefon dah jarang sangat ringing or vibrate. Focus katekoooo.

  • Duit tak banyak habis sebab takyah topup.

  • Duit banyak habis sebab letrik guna lebih masa.

  • Harian metro boleh keluarkan jadual World Cup ada gambar ayam KFC Boneless.

  • Isteri isteri dalam pantang hampir meroyan sebab suami bangun pagi bukannya nak salin lampin anak.

  • Kilang baju dapat idea nak cetak jersi Negara seantero dunia versi tak ori. Sokong sokong lettew. Hampehh..
 
  • minachi dan kepochi dan hijabster malaysia sakan upload gambar pakai jersi bola walhal tak minat bola dan tak reti pon bezakan bola sepak dan bola ragbi.

  • Tiap tiap malam twitter, pesbuk dan semua jenis laman sawang dinding akan trending dengan update pasal World Cup daripada berjuta wartawan tak bertauliah.

  • Group group whatsapp akan bising lepas habis match, post mortem daripada wakil wakil bola sepak peringkat saringan daerah pon tak lepas.

  • I RASA NAK BERKAWAN DENGAN BLOG JE. BLOG TAK TENGOK WORLD CUP KANNN..



ADIOS.BAII..