Monday, May 20, 2013

decision have been made ! ^_^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T AND HYE FOR NON- MUSLIM

macam ngek je rasa bila update entry pasal benda yg berlainan date dan perasaan dlm hari yg sama. ok aku dah melalut. xkisah la. malas nak delete. ok nak dipendekkan cerita. xpayah pendekkan sangat pon xapa sebab cerita xpanjang lagi. ok ok..mari berceritaaaa.

tadi ayah call..around 8 malam kot. masa tu i baru je siap lalalala~shower in the toilet~ ayah call tu bukannya apa. hari jumaat lepas I called him sebab nak discuss pasal universiti and matrik ni. i xboleh nak buat pilihan sebab masa tu otak dah cengeng tahap mental dah. tapi masa call tu, ayah xsolat lagi. so i told him pegi solat dulu. sebab nak cakap panjang ni. takot jugak xsempat and mengganggu kita punya percakapan.-ayat karangan-

then letak fon. malam tu umi nak naik bas balik kelantan. macam xada kena mengena kan? tapi sebenarnya ada. i call guna fon umi sobab umi punya fon pakai bil. i punya pakai incik topup, so cakap lama lama kang habis pulak benda alah tu. so kejar punya kejar masa tu sampai xterkejar sebab masa tu lari pecut, last last xsempat jugak nak call ayah guna fon umi. and lepas tu dah xingat nak call. ~hahaa..jahatnya anak~

hari jumaat.hari sabtu.hari ahad pukul 8 malam ayah call (mcm dah ckp je kat atas tadi). so i told ayah these and those here and there. and this is ayah punya soalan maut..

ok ayah nak tanya, apa yang awa nak sebenarnya sekarang ni?

punya pedas ayat dia yg pendek ciput kiut dan comel tu. dah dia tanya gitu, i pon jawab la gini..

nak akaun tapi takut nak masuk matrik. nak masuk universiti tapi dapat course sains matematik. kalau boleh xnak masuk matrik sebab takut xsempat catch up. 
-serius aku banyak songeh-

awa, bukan awa sorang yg masuk matrik tu. berjuta org lagi yg nak masuk matrik sekali dengan awa. yg takut tu bukan awa sorang. ramai lagi. cuba jangan letak benda yg negatif kat depan. awa dari dulu lagi nak akaun. dah dapat sekarang ni apa yg nak pening sangat. yg penting kita tahu apa yg diri kita nak.  

awa nak akaun. cita cita awa nak jadi akauntan. awa dapat offer matrik yg course perakaunan. so grab the chance. kalau nak fikirkan takut, awa dah besar. apa yg nak ditakutkan. pasal study jgn bimbang, just try your best. bukan ke budak budak matrik ni dia pilih yg pandai pandai? so awa pandai laa. jangan ada adakan perasaan takut tu. 

dalam umur awa sekarang ni ayah tahu, dah xakan ada perasaan nak main main. you just want to study.so ayah suggest awa masuk matrik la sbb awa dah dapat course yg awa nak tu. ayah xnak paksa awa. ayah cuma bagi cadangan untuk awa fikir fikirkan. yg selebihnya terpulang pada awa. ayah xkisah..

bla bla bla..and kitorang pon letak fon. hahh! hamek kauuu aku tulis sume benda yg ayah cakap. but seriously, if i xdiscuss dgn ayah. rasanya sampai sekarang i still xdapat buat keputusan. my ayah is so supportive tau. our sisters mmg selalu je mintak pandangan ayah about something. sebab my ayah dia cukup cukup mementingkan komunikasi antara anak anak with parents.

so, thanks a lot to ayah sebab dah merungkai tali otak yg tersimpul. dah melepaskan beban 100kg kat bahu awa ni. dah buat awa rasa hidung awa dah ada lubang hidung balik untuk bernafas. thanks a lot ayah. and now decisions have been made...

saya akan mendaftar di Kolej Mara Kuala Nerang pada 27 Mei 2013...full stopp.

dilema UPU.




ASSALAMUALAIKUM W.B.T AND HYE FOR NON-MUSLIM

macam mana nak intro panjang yg xberapa panjang tapi nice to read ?? xkisah laa.. yang penting entry ini dicoret semasa hati bagai sedang ditoreh dengan pisau potong daging. aku punya dilema sekarang ni Ya Allah, Tuhan je tau. bila kita cuba untuk bertahan dalam keadaan yang kita xtau kita mampu or tak untuk bertahan, adakah kita masih mampu untuk bertahan? ayat apakah ini? macam anjing laut menyalak je bunyinyaaaa..

ok ok..macam ni. uols, 2013 im a sweet 18 years old gegirl. *macam xsewitt je* . so for budak budak 18 tahun, kitorang mmg sgt sgt tunggu keputusan UPU. maybe some of them outside excited tunggu matrik. TAPI BUKAN AKUUUUU- KERISPATIH. I was very excited waiting for the UPU's results. i dah tecongok depan laptop since pukul 10 pagi just nak tunggu detik pukul 12.00pm. klik link yg dh tesedia depan mata and tunggu result.

berdebar tu toksah cakap laa senah senah sekalian. mau tercabut terpecah terlari terburai jantung tu. and tingggg..pukul 12pm. cepat joo den isi no ic and tunggu resultnya sambil tesengeh macam kerang busuk yg tengah mengelamun pakai topi grad. belom dapat result masuk universiti, dah berangan nak grad. xpe berangan for something yg kita betol betol nak. melalut punya melalut, 20 minit bro tunggu animal tu keluar. sakit hati guwa!!

apesal sume orang nak cek on the spot??haishhh..haku jugak yang kena tunggu. (mcm la I sorang je yg tunggu). ok la..pendek cerita yg xberapa nak pendek dah, result pon albracadabra tinggg!! 

SAINS MATEMATIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

masa tu Allah je yang tau betapa hati ni macam dihentak hentak dengan tukul besi sampai jadik serpihan serpihan hati sebesar hati nyamuk. I nak ambik akaun. and my first choice before pon diploma perakaunan. and I mmg dah berangan tersenyum melompat kegirangan depan lappy sbb happy dapat kos akaun. tuptup! DIPLOMA SAINS MATEMATIK ! boleh bayang tak macam mana perasaan I masa tu? punya bertahun tahun I aimed for akaun, then dapat benda lain. Ya Allah, dugaan  ape ni..

and  sekarang, i try to accept the fate. I have to remember that everything comes from Allah is the best for us. cuma buat masa sekarang ni, dilema tu mmg xboleh disingkirkan lagi. xtau nak cakap macam mana perasaan ni. semoga Allah permudahkan segala kepayahan ini.



 YA ALLAH .. KAU TANAMKANLAH PERASAAN SYUKUR DALAM DIRIKU KE ATAS NIKMATMU YA ALLAH . SEMOGA AKU TAK AKAN PERNAH JAUH DARIMU. PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN DALAM HIDUPKU. PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MEMBUAT SEGALA KEPUTUSAN. AMIN..

Sunday, May 19, 2013

hai matrik..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T AND HYE FOR NON- MUSLIM



KOLEJ MATRIKULASI KUALA NERANG...
JURUSAN PERAKAUNAN...



Hye guys,I xnak intro banyak banyak sangat. This s the result I got masa 27 April hari tu. And yeah..seriously, sikit pun xde riak excited happy gumbira senang dengan result tu. Why and Why? because I already know yg matrik punya masa belajar sangat sangat singkat and kena struggle habis habisan untuk dapat pointer yg cun melecun. And since in maktab lagi, masa cikgu tanya..

sape yang nak beli pin matrik sila bagi nombor ic sekarang?

masa tu dah fikir..nak pegi ke xnak. then fikir balik, xkisah la nak pegi ke tak nak. beli je.. xpernah terfikir pon nak pegi matrik. I ni bukan jenis ulat buku. and I'm not the kind of people who work very hard. so pilihan to go to matrik tu macam agak mengerikan sebab takut xsempat catch up. 

I pulak amek kos akaun. kat maktab I budak bio. so, agak tough sikit laa bila nak tukar kos kan.  tapi xkisah..because i wanna be an accountant. stick in my choiice to choose akaun. and yeahh! i got akaun. tapi I pulak yg gatal xnak pegi. xpe xpe.. sbb peluang still ada untuk tunggu result UPU. and i just be calm and sabar tunggu result u.

what a wonderful life right? you have so many chances to choose something in your life.. 

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 di facebook

ASSALAMUALAIKUM W.B.T AND HYE EVERYONE


Dah lama sangat rasanya xmencoret perkataan perkataan baru dekat blog yang xsemenggah sangat ni. Rumah xhade wifi. Yang hade is just berokbeng yang memang cepattt sangattt line nya sampai I boleh keluar misai and janggut kiut sebab lama sangat tunggu internet buffering.


 haa..guwa xtipu.betol ada misai janggut tau.


Ok guys.. nampak kan tajuk entry kat atas tu ape? Dont worry. Im not a hardcore fan about politics. Cuma bila I online facebook.. banyak sangat komen pasal PRU 13. And most of us tend to say something yang xrelevan dengan umur kita. Bergaduh dekat facebook pasal hijau biru. Yang berkawan sampai xbertegur sapa. And its all just because of isu PRU 13. Ohh come on guys. Kita ada otak dan akal untuk berfikir. Use it la..





Girls and Boys.. kita xcukup umur untuk mengundi xsemestinya kita xboleh bercakap pasal ni right? But please.. xperlu lah fanatik sangat sampai nak memaki hamun orang. Kalau you betul menyanjung mana mana pemimpin sekali pun, cukup sekadar you express your feeling pasal dia. Jangan sebab you rasa pemimpin yang you pilih tu is the best pemimpin ever, you dah rasa yang orang lain tu xbagus. No way man! Its totally wrong.

Cukup sekadar kita menyanjung pemimpin yang kita pilih. Jangan merendah rendah kan orang lain. Bila masing masing saling bergaduh semata mata untuk mengiyakan apa yang disebut tanpa perlu fikir kebenaran atas perkataan orang lain, kita xubah seperti orang yang beriya iya membodohkan diri depan orang ramai. Buat malu je..

Im an 18 years old girl. I xlayak lagi mengundi. Even to say something about politics pon my ayah and umi keep saying that JAGA KATA KATA tu. And they dont courage our sisters to talk about political issues. Yes, I admit that I xcukup berani untuk post dekat wall facebook pasal politik. I xcukup berani untuk expose dekat orang ramai pemimpin mana yang I sanjung. I xcukup berani untuk bercakap walau sepatah pun hal yang berkaitan dengan politik dengan orang yang I xkenal.

WHY? WHY? WHY? 

Sebab I tau.. yag matured xakan komen banyak when a teenager like me cakap pasal benda benda ni. Tapi teenagers out there yang sama umur dengan I yang akan buat  huru hara dekat facebook. And sad to say, words we heard cuma lah something yang dah terang lagi nak disuluh perkataan daripada seorang yang xtau apa apa. And bila you and me are not in the same boat, akan ada ura ura untuk bergaduh. So please teenagers, xperlu nak kepoh sangat pasal ni. 
 
One day, kita akan dipertanggungjawabkan untuk memilih pemimpin yang kita nak. Lambat ke cepat, akan tiba jugak masanya nanti. Tak ada guna kita bercakap sedangka kita xtahu menahu pasal satu sat isu tu. Lagi orang nampak kita xpandai. Nak pandai, just stay calm. Sabar tunggu detik 21 tahun tiba. Sampai masa.. jom kita mengundi jom kita mengundi ! Bila sampai masa kelayakan kita.. moh le kita jalankan tanggungjawab bersama.

harapnya lepas ni, dah xade isu pasal PRU13 kat facebook lagi. Dah penat mata ni membaca..