Monday, May 20, 2013

decision have been made ! ^_^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T AND HYE FOR NON- MUSLIM

macam ngek je rasa bila update entry pasal benda yg berlainan date dan perasaan dlm hari yg sama. ok aku dah melalut. xkisah la. malas nak delete. ok nak dipendekkan cerita. xpayah pendekkan sangat pon xapa sebab cerita xpanjang lagi. ok ok..mari berceritaaaa.

tadi ayah call..around 8 malam kot. masa tu i baru je siap lalalala~shower in the toilet~ ayah call tu bukannya apa. hari jumaat lepas I called him sebab nak discuss pasal universiti and matrik ni. i xboleh nak buat pilihan sebab masa tu otak dah cengeng tahap mental dah. tapi masa call tu, ayah xsolat lagi. so i told him pegi solat dulu. sebab nak cakap panjang ni. takot jugak xsempat and mengganggu kita punya percakapan.-ayat karangan-

then letak fon. malam tu umi nak naik bas balik kelantan. macam xada kena mengena kan? tapi sebenarnya ada. i call guna fon umi sobab umi punya fon pakai bil. i punya pakai incik topup, so cakap lama lama kang habis pulak benda alah tu. so kejar punya kejar masa tu sampai xterkejar sebab masa tu lari pecut, last last xsempat jugak nak call ayah guna fon umi. and lepas tu dah xingat nak call. ~hahaa..jahatnya anak~

hari jumaat.hari sabtu.hari ahad pukul 8 malam ayah call (mcm dah ckp je kat atas tadi). so i told ayah these and those here and there. and this is ayah punya soalan maut..

ok ayah nak tanya, apa yang awa nak sebenarnya sekarang ni?

punya pedas ayat dia yg pendek ciput kiut dan comel tu. dah dia tanya gitu, i pon jawab la gini..

nak akaun tapi takut nak masuk matrik. nak masuk universiti tapi dapat course sains matematik. kalau boleh xnak masuk matrik sebab takut xsempat catch up. 
-serius aku banyak songeh-

awa, bukan awa sorang yg masuk matrik tu. berjuta org lagi yg nak masuk matrik sekali dengan awa. yg takut tu bukan awa sorang. ramai lagi. cuba jangan letak benda yg negatif kat depan. awa dari dulu lagi nak akaun. dah dapat sekarang ni apa yg nak pening sangat. yg penting kita tahu apa yg diri kita nak.  

awa nak akaun. cita cita awa nak jadi akauntan. awa dapat offer matrik yg course perakaunan. so grab the chance. kalau nak fikirkan takut, awa dah besar. apa yg nak ditakutkan. pasal study jgn bimbang, just try your best. bukan ke budak budak matrik ni dia pilih yg pandai pandai? so awa pandai laa. jangan ada adakan perasaan takut tu. 

dalam umur awa sekarang ni ayah tahu, dah xakan ada perasaan nak main main. you just want to study.so ayah suggest awa masuk matrik la sbb awa dah dapat course yg awa nak tu. ayah xnak paksa awa. ayah cuma bagi cadangan untuk awa fikir fikirkan. yg selebihnya terpulang pada awa. ayah xkisah..

bla bla bla..and kitorang pon letak fon. hahh! hamek kauuu aku tulis sume benda yg ayah cakap. but seriously, if i xdiscuss dgn ayah. rasanya sampai sekarang i still xdapat buat keputusan. my ayah is so supportive tau. our sisters mmg selalu je mintak pandangan ayah about something. sebab my ayah dia cukup cukup mementingkan komunikasi antara anak anak with parents.

so, thanks a lot to ayah sebab dah merungkai tali otak yg tersimpul. dah melepaskan beban 100kg kat bahu awa ni. dah buat awa rasa hidung awa dah ada lubang hidung balik untuk bernafas. thanks a lot ayah. and now decisions have been made...

saya akan mendaftar di Kolej Mara Kuala Nerang pada 27 Mei 2013...full stopp.

No comments:

Post a Comment