Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharam 1435 H



ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Salam Awal Muharram 1435 H.  Semoga tahun baru membawa kehidupan baru buat kita muslimin dan muslimat. Sama samalah kita doakan perubahan positif dalam diri masing masing. Sama sama kita ikhlaskan diri dalam menunaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam.



I may not perfect as perfect those outside yang pakai jubah and niqab. Tapi tak salah kalau kita impikan benda benda macam tu terjadi.  Doalah perubahan yang baik baik berlaku dlm kehidupan seharian kita tanpa caci maki daripada orang ramai. Semalam ayah lead baca doa akhir tahun. And kami solat maghrib then sambung baca solat awal tahun. Ayah told us pasal keikhlasan hati.

(dah jadi rutin for ayah after solat there will be  a short tazkirah or peringatan or nasihat  for us his daughters and also umi)


Ayah said, Allah tak pandang sejauh mana banyaknya amalan yang kita buat, tapi Allah pandang pada keikhlasan hati kita dlm menunaikan kewajipan yg dituntut. But doesn’t mean yg kita kena beribadat sikit je. Tapi yg ayah highlighted kat sini is about keikhlasan hati.  Ayah selalu cakap, kalau nak senang hidup sentiasa lah berada di pihak Allah. Jangan berada di pihak lawan Allah kerana kita takkan pernah menang. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hidup kita.



And Ustazah Rodhiyah kat matrik pon ada bagitau. Kita selalu beralasan yang taknak buat suruhan Allah sebab tak sampai seru la, taknak hipokrit la dalam buat sesuatu benda, nakkan keikhlasan baru Allah terima ibadah. Tapi sebenarnya, dalam beribadah kita memang kena hipokrit. Hipokrit dgn diri kita sendiri.



Kenapa? Sebab kalau kita ikutkan hati kita, sampai bila bila pon kita takkan dapat keikhlasan abadi dalam beribadah. Kita paksa diri kita solat tepat pada waktunya walaupon hati kita malas. Kita hipokrit terhadap perasaan kita. Naluri kita cintakan kemaksiatan yang berleluasa, tapi kita bohong hati kita dengan mengatakan aku bencikan kemungkaran. Kita hipokrit terhadap naluri kita.



 Tapi dengan hipokrit tu,hipokrit yang membawa diri kita kepada jalan Allah. Hipokrit yang mengajar kita mencari cinta sebenar. Hipokrit yang dilakukan pada awalnya demi mendapat keredhaan abadi daripada Allah S.W.T. Hipokrit disini lebih kepada kita menidakkan mainan perasaan yang diganggu oleh syaitan. InsyaAllah, sekiranya segala yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah. Kita mampu jalankan tanggungjawab yg Allah dah beri kepada kita..



Sama samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Jangan terlalu cepat menghukum yang salah. Kerana boleh jadi yang salah itu berlaku bukan kerana orang yang dianggap bersalah itu. Doa doakanlah juga diri kita sama sama tergerak dan terbuka pintu hati untuk sentiasa melakukan kebaikan. Terngiang ngiang lagi kata kata seorang teman..



‘ SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA HARI SEMALAM ‘
 

No comments:

Post a Comment