Sunday, June 29, 2014

1 Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM


Hari ni 1 Ramadhan. Hari ni hari first puasa kan. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk bersih dosa lagi untuk kesekian kalinya. 


Macam macam ragam dah harini. Semalam sikit punya best dok borak dengan mek erah sampai pukul 3 pagi baru reti nak lelap. Alarm clock toksah cakap la. Snooze duration 3 minit jee, konon takmo bagi lena lama laa kalau tekan snooze. Frequency 10 kali pulak tu. Hmmmm... bukak bijik ata dah pukul 5.30. Nasib sempat fikir waras lagi nak berus gigi dulu sebelom makan.


Makan pon tak berat. Sebab tak sempat. Roti sapu planta + kaya sekeping (actly setengah keping, bg mek erah lagi setengah keping). Then mandi solat. Pejam mata kejap (bohong sangat laa kejap). Bangun buat biskut. Harini rainbow cookies. Sikit punya syiokkk piping walaupon comot. Hehehe… 


Going to petang… Apiq dah bising satu rumah. “makkk… lapar perut” . Dipegangnya plastik jajan daripada sebelom zohor sampai la petang. Nangis dah meraung pon dah drama sebabak pon dah, cikros suruh tahan jugak. Last last dah tak daya sangat, toksah dok mintak mintak nak berbuka la. Diteguknya terus air yg kat depan dia tu.


Pastu I masuk bilik solat. Keluar bilik saja borak kejap dengan cikros.

 “apiq dah habis dua ketul peha ayam makan nasi tadi”

Dalam hati ni nak tegelak pon ada. Teringat kenangan zaman kecik kecik cikebung dulu. Kenangan minum air paip yang paling takley blaaa. Dok kat rumah nenek time tu panas toksah cakap la, rasa macam api dalam rumah. Almaklumlah rumah kampung, atap zink je. Around pukul 11 tu I dah stat projek mega dahhh.


Siap bunyi lagi mulut ni “adoiii..panasnye harini. Basuh muka la bagi segar sikit”. Haaaa… memang basuh muka sangatt. Masuk tandas guwa telan air paip semahu mahu mahunye sampai kembung rasa perot ni. Agak agak dah buncit perot telan air paip tu, I keluar la daripada tandas. Lagi sekali berdialog “waaaa… lega sikit bila dah basuh muka”. Mana tak leganya dah segelen telan air..


Macam macam kenangan. Nak jadik besar macam sekarang ni, berpuluh puluh kenangan dah tersemat dalam memori. Adehhh ayat takley blaaa. Sekarang ni berat dah naik 2kg. Hati dah gundah gulana sebab baju raya tu macam macam macam dotdotdot sikit. Kalau makin gemok memang sah tak boleh pakai nanti raya.


Tapi rasanya kena diet jugak ni. InsyaAllah boleh diet. Sebab Patrickbam tak habis habis panggil gem. Amboi ikut sedap gigi dia je panggil orang gem. Ok kita lawan habis puasa sapa yang lagi banyak lost weight. Jyeahhhhhh!! Patrickbam you just wait and seeee. Hahahaha… *gelakjahat*
 








ni gambar dalam fitting room kedai baju. kononnya nak try baju tu. 
dah alang alang fitting room lawa kita snap la sikit ye dakkkk.




lily and orkid. bunga hidup dalam rumah.




 suka amek gambar bajet bajet cun gini haaaaaaaaaa. jangan muntah.


 lily balqis





 yang belakang tu tak berbaju. rasanya bukan aurat.
so haplod jelah ye. abaikan belakang yang tak berapa kemas.
kemas sebenarnya. tapi taktau sape sepahkan balik.
*krik krik*




*nak kurus nak kurus nak kurus nak kurus. Ok bai. Tunggu bukak puasa lambatnya jarum jam berputar. Nak putar sendiri boleh tak?

No comments:

Post a Comment