Monday, July 28, 2014

Penghujung Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM…




Today is the last day in Ramadhan (ekceli dah masuk Syawal). Kita dah berada di penghujung Ramadhan. Penghujung bulan yang membawa banyak manfaat dan peluang kepada kita. Tapi sayang, di penghujung bulan mulia ni lah kita dah makin terkeliru makin dilemma makin gusar memikirkan dua hala antara amal ibadat dengan persiapan raya.



Bohong kalau sekarang tak sibuk cari baju raya. Bohong kalau sekarang kat rumah still takde biskut raya. Bohong kalau topic perbualan masih berat ke arah Ramadhan. Everything is about HARI RAYA now. Kita makin excited. Syawal makin menjengah tiba. Ramadhan tak lagi indah disambut.



Teringatkan kisah Wardina Safiyyah tentang bulan Ramadhan. Dia lebih menitikberatkan persiapan untuk sambut Ramadhan berbanding Syawal. Segala persiapan raya disiapkan bila menjelang Ramadhan. Seolah olah bulan Ramadhan itulah bulan raya. Sehinggakan anak anak Wardina membesar dengan satu perasaan gembira bila tibanya Ramadhan.



Memuliakan bulan Ramadhan. Menyambut Ramadhan dengan kegirangan. Baju baru kasut baru sebab dah nak puasa ni. Bukan baju baru kasut baru sebab nak raya ni. Bila tiba waktu Ramadhan, mereka beribadat mungkin sama mungkin lain atau mungkin lebih daripada orang lain. Yang pasti sambutan Ramadhan berlanjutan sehingga hari terakhir. Sedang kita? Minggu terakhir Ramadhan lah mana nak cari baju raya nak pegi shopping sale sana sini. Betol tak? Sedarkah kita sebenarnya?



Susah kan nak ajar hati biar bersederhana dalam setiap perkara. Selalu je kita beralasan “lumrah manusia nakkan kesempurnaan dan manusia tak pernah lari daripada buat silap”. Tapi tak pulak kita berubah bila tau kita buat silap. Selalu hati terasa kuatnya godaan syaitan sampai hari hari biasa kita rasa setiap saat kita buat dosa. Ramadhan bakal mengubah diri mungkin bilamana syaitan dah diikat.



Tapi ternyata tak semua. I tak cakap orang lain. Cermin diri cermin peribadi. Even me myself pon dalam Ramadhan still tak tinggal perangai lama. Syaitan dah diikat. Nak salahkan sapa lagi kalau diri masih di takuk lama. Muhasabah diri. Sedar khilaf kita ni banyak. Selama ni mungkin kita salahkan syaitan. Tapi saat dan ketika ini, just go deeper into our hearts and ask ourselves anything then answer it dengan ikhlas.


Kita yang salah. Bukan orang lain. Kita. Diri kita. Nafsu kita. Hati kita. Lidah kita. Segala yang ada pada kita. Salahkan diri kita for every single things of wrongdoing yang kita dah buat selama kita hidup. Jangan cari salah orang lain.

Muhasabah diri awa..

Thanks.





“ Dear Shytaan, I miss u,

 miss to put false on you for my mistake..
Damn still to blame on you for my failure to be good servant of Allah.”

No comments:

Post a Comment