Friday, January 16, 2015

hmm.. wajar ke tak?



Assalamualaikum and Hai…



Izinkan jari gemok ni berkata kata. Lama dah tak exercise jari. Jari makin gemok, double chin dah kunjung tiba, lemak comel melambai lambai, penimbang pon takot bila I nak lompat atas dia. What a wonderful world bila I bet my life to diet and get my dream weight tapi end up dengan gemok jua akhirnya. Hahhh  !



Rasanya I should stop saying about my gemok things here.



Actually dah lama nak update pasal ni. Tapi entah. Tak banyak masa ke, taknak tulis ke, malas ke I pon taktau. Meh kita berenang ke dalam dunia cerita yg I nak cerita ni.



Semua orang ada laman sosial kan? Semua ada kan? Samala kita.







TWITTER 
“ currently shopping at Vincci, I nak beli selipar tandas jee… “

TWITTER
“ beg FOSSIL dah berhabuk, lama sangat tak guna. Yelah semenjak pakai PRADA ni macam 
best pulak. Biasa la beg above than 1k memang la berkualiti "

INSTAGRAM
" lepak-ing with soulmates "
 #hotel5stars #goldenhorsespalacehotel #MKlover
(gambar purse MK + a cup of coffee + sudu letak atas tisu golden horses palace hotel)
 
FACEBOOK
" hidup umpama roda yang berputar, kadang di atas kadang di bawah "
#quote #newcar #latestESTIMA
(gambar kereta parking depan rumah )
 
FACEBOOK
" Selamatkanlah keluargaku daripada bala bencana yang menimpa. Semoga kami dalam
lindungan rahmatMu senantiasa. Amin.. "
(gambar rumah banglonya 3tingkat)





Pernah tak terserempak atau terjumpa atau terbaca jenis jenis ayat santai dan sampah macam ni? Kalau pernah kan. Apa perasan korang? Adakah perasaan kita sama? Mungkin ye mungkin tidak?


Letak tepi perasaan korang. Meh nak ceghita perasaan I.


Kadang- kadang I bosan dengan orang yang gigih nak tunjuk dia kaya sebab dia takut orang tak nampak kekayaan dia. So every tweets and updates pasal dia harussss ada elemen elemen kemewahan tu. *hell*


Jeles? Oh tak kot. Rasa bertuah dan beruntung bagi pihak dia mungkin ada dalam hati ni. Yelah sape yang tak rasa bertuah kan when you were born with silver spoon. Macam macam hal lagi sekarang ni.


Bila kita dapat result elok, snap and upload dekat laman sosial. Pastu dapat like berjuta. Well said, mungkin niat kita tak seburuk yang orang sangka. Kita nak share kegembiraan isn’t it? tapi kadang kadang cara dan tempat tu tak sesuai.


Kita upload gambar kereta, gambar handbag yang macam macam brand  dekat FB. Mungkin kita just nak share things yang kita baru beli. Tapi bila orang yang tak berkemampuan macam you, terpandang post tu, apa perasaan dia?


Tak salah rasanya kalau kita bersederhana. I mean like kalau you mampu tu yes for sure la you akan guna/ beli those things. Ok lah. You memang deserve to have that. Tapi try untuk tak publish everything. If you afford to buy the latest item of apple brand or maybe everything yang mahal mahal sekalipon, ok cukup setakat tu. You don’t have to snap the picture and post it to instagram or other social networks. Get it?


So, neither the right things that we're supposed to do, nor the wrong things that we're not supposed to do, I’m not going to say both. Cukuplah sekadar kita sama sama cuba fikir tentang kewajaran dalam setiap perkara yang kita buat.


Tak payah melilau cari salah orang laa, I sendiri pon pernah buat macam tu. Previous entries banyakkk sangat I upload gambar yang takde kaitan dengan entry I. Tu contoh jugak la tu. Haaaa…


Then, after this I will post this entry dekat FB. Untuk apa? Some people will assume that I nak menunjuk sebab upload entry dekat FB. Nak menunjuk ada blog. Nak dapat likes banyak. Nak orang puji.  Perasan entry tu macam best sangat. Macam nak paksa orang baca entry. Terpulanglah. If you taknak baca, never mind. I tak kisah sebab I bukan nak cari followers. I just wanna share something yang mungkin berguna untuk sesetengah pihak. Mungkin.


The thing is, ada kewajaran tak dalam setiap apa yang kita buat. That’s it. 


Maaf andai terkasar bahasa. Maaf kalau ada yang terasa. Tak berniat nak lukakan hati siapa siapa. Tapi andai entry ni terkena atas batang hidung anda, ya saya mungkin ambil certain contoh daripada anda.

Maaf. Assalamualaikum…

1 comment: